awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia tidak bersedia hadapi wabak H7N9 - WHO

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2013
02:47 MYT
Dunia tidak bersedia hadapi wabak H7N9 - WHO
Dunia masih belum bersedia untuk berdepan dengan wabak virus secara besar-besaran, termasuk serangan virus H7N9, Timbalan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan amaran. Dalam mesyuarat WHO di Geneva, Keiji Fukuda berkata kepada delegasi bahawa walaupun usaha telah diambil sejak wabak selesema burung (H1N1) dalam 2009-10, namun perancangan luar jangkaan juga adalah penting. "Walaupun usaha telah dilakukan sejak itu, dunia masih belum bersedia menghadapi serangan wabak pada skala besar-besaran," kata Fukuda. Sistem tindak balas pantas adalah amat penting, memandangkan usaha pihak berkuasa kesihatan akan terbantut kerana kekurangan pengetahuan mengenai penyakit itu, beliau menegaskan. “Apabila seseorang dijangkiti dengan wabak yang baru, anda tidak boleh bertindak dengan hanya membaca hasil penyelidikan mengenainya, "katanya. Menurut data rasmi terkini, selesema burung H7N9 telah menjangkiti 130 mangsa di China serta meragut 35 nyawa, sejak ia dikesan buat pertama kali pada bulan Mac. H7N9 adalah salah satu daripada pelbagai virus selesema merbahaya yang dibawa oleh burung. Pakar sedang berusaha untuk memahami bagaimana ia boleh merebak kepada orang ramai. "Mana-mana virus influenza baru yang menjangkiti manusia mempunyai potensi untuk menjadi satu ancaman kesihatan global," ketua WHO Margaret Chan berkata dalam mesyuarat itu. "Virus yang membingungkan ini, dikelilingi oleh misteri," katanya. Reaksi pantas China terhadap wabak itu untuk mengawal pemasaran ayam, turut dipuji.
Topic Berkaitan
#H1N1
#H7N9
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan