Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini meminta seorang rakyat Indonesia, Sri Dewi Sulistina, supaya membuat aduan rasmi mengenai dakwaan kononnya beliau dianiayai pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dilarang memasuki Malaysia tanpa sebab.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata dakwaan wanita itu kononnya beliau ditahan tanpa sebarang alasan adalah sesuatu yang serius dan pihak kedutaan berharap beliau membuat aduan rasmi bagi membolehkan kes itu disiasat.
Katanya pihak kedutaan telah menghubungi Putrajaya bagi mendapatkan maklumat tetapi pihak berkuasa mengesahkan setakat ini tiada sebarang aduan diterima mengenai kes itu.
"Kita tidak dapat menyiasat jika tiada aduan dan wanita itu hanya membuat dakwaan dalam akhbar sahaja," katanya kepada Bernama di sini.
Zahrain berkata memandangkan wanita itu adalah dari Medan, beliau boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk membuat aduan rasmi dan pihak kedutaan memberi jaminan kes itu akan disiasat sebaik menerima aduannya.
Sri Dewi Sulistina, 28, dalam sidang medianya semalam mendakwa diberi layanan buruk ketika hendak berkunjung ke Malaysia dan ditahan oleh pihak Imigresen sebelum dideportasi tanpa sebarang alasan.
Beliau berkata dalam kejadian pada 17 Ogos itu, beliau yang berlepas dari Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, memasuki Malaysia melalui klia2 pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.
Katanya ketika pemeriksaan Imigresen, beliau diminta masuk ke pejabat Imigresen klia2 dan seorang pegawai Imigresen bertanyakan tujuan memasuki Malaysia kerana pasportnya menunjukkan beliau sering masuk-keluar negara itu.
Setelah menyatakan beliau sekadar bercuti dan mahu bertemu temannya, wanita itu diarah supaya memberi keterangan di Pejabat Imigresen di Jalan Duta.
Katanya pihak Imigresen di Jalan Duta kemudiannya keliru dan menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.
Sri Dewi Sulistina berkata setelah kembali ke pejabat Imigresen klia2, beliau kemudiannya ditahan dan dimasukkan ke dalam sel tahanan selama dua hari sebelum dihantar pulang ke Medan manakala pasportnya dicop tidak dibenarkan mendarat (Not To Land).
Bernama
Fri Aug 26 2016
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata memandangkan wanita itu adalah dari Medan, beliau boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk membuat aduan rasmi. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi
Dakwaan wanita itu kononnya beliau ditahan tanpa sebarang alasan adalah sesuatu yang serius dan pihak kedutaan berharap beliau membuat aduan rasmi bagi membolehkan kes itu disiasat.
Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pemeriksaan ketat dan menyeluruh di lapangan terbang adalah prosedur biasa kawalan keselamatan.
Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini
Malaysia diberi penghormatan oleh Republik Indonesia apabila Presiden Jokowi memilih negara itu sebagai yang pertama untuk lawatan rasmi luar negaranya.
Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia
Zahrain merupakan Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.