Duta Tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menafikan lelaki yang dibunuh di Malaysia adalah Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Kim In Ryong mendakwa bahawa kes pembunuhan berkenaan dirancang oleh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bagi menjatuhkan imej Korea Utara.
Memetik laporan portal Xinhua, In Ryong membuat dakwaan berkenaan ketika menjawab soalan mengenai kes pembunuhan Kim Jong Nam dalam satu sidang akhbar di PBB.
Ujar beliau, kes pembunuhan itu adalah merupakan sebahagian rancangan AS bagi mencetuskan perang nuklear ke atas Korea Utara.
Dalam masa yang sama, In Ryong mempersoalkan mengenai senjata kimia yang digunakan dalam pembunuhan terbabit yang mana katanya ia merupakan senjata yang diharamkan dan hanya AS yang menyimpan bekalan senjata berkenaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas dakwaan berkenaan.
Azyyati Ahmad
Tue Mar 14 2017
Memetik laporan portal Xinhua, In Ryong membuat dakwaan berkenaan dalam menjawab soalan pihak media mengenai kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Duta Tetap Korea Utara ke PBB nafi mayat adalah Kim Jong Nam
Duta Tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menafikan lelaki yang dibunuh di Malaysia adalah Kim Jong Nam.