Skip to main content

Dunia

El-Sayed cipta kejutan menang pemilihan awal Senat Demokrat Michigan

Abdul El-Sayed, winner of Michigan U.S, Democratic primary, speaks during a press conference in Detroit, Michigan, U.S. August 5, 2026. REUTERS/Rebecca Cook
Abdul El-Sayed, pemenang pemilihan utama Parti Demokrat bagi Senat Amerika Syarikat di Michigan, bercakap pada sidang media di Detroit, Michigan. - Foto REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Abdul El-Sayed memenangi pencalonan Parti Demokrat bagi kerusi Senat Amerika Syarikat (AS) di Michigan selepas mencipta kejutan dengan menewaskan Ahli Kongres Haley Stevens dalam pemilihan awal yang sengit, menurut Associated Press pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

El-Sayed akan berdepan bekas Ahli Kongres Parti Republikan Mike Rogers, yang meraih pencalonan partinya tanpa dicabar, pada pilihan raya pertengahan penggal yang dijadual berlangsung pada 3 Nov ini.

Kerusi berkenaan kosong susulan persaraan Senator Gary Peters daripada Parti Demokrat dan dianggap penting dalam usaha parti itu untuk menguasai semula Senat.

Stevens kemudian berkata beliau akan menyokong El-Sayed dalam pilihan raya umum.

"Esok kita akan mula memulihkan perpaduan dalam parti," kata El-Sayed kepada penyokongnya sebelum Associated Press mengumumkan kemenangan beliau.

Bekas pengarah kesihatan Kaunti Wayne itu berkempen berteraskan agenda "Medicare untuk Semua", pembaharuan pembiayaan kempen dan penamatan bantuan ketenteraan AS kepada Israel.

Beliau mendapat sokongan Senator Bernie Sanders dan Ahli Kongres Alexandria Ocasio-Cortez.

Senator Chris Van Hollen berkata keputusan itu "seharusnya menjadi peringatan kepada kepimpinan Parti Demokrat di Washington."

Stevens, yang telah berkhidmat selama empat penggal sebagai Ahli Kongres dan mendapat sokongan Peters, menumpukan kempennya kepada sektor pembuatan serta berhujah bahawa beliau berada pada kedudukan lebih baik untuk menewaskan Rogers.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement