INTERNATIONAL
El-Sisi tegaskan sokongan teguh Mesir terhadap Palestin, kecam serangan ke atas Gaza

El-Sisi menegaskan, usaha pembinaan semula Gaza mesti dilaksanakan selaras dengan pelan Arab-Islam, sambil menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pemindahan rakyat Palestin. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin, sambil menekankan peranan bersejarah negara itu sebagai benteng terhadap percubaan menentang untuk melemahkannya.
Ketika memperingati ulang tahun ke-43 pembebasan Sinai pada Jumaat, El-Sisi mengecam serangan ketenteraan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, yang disifatkannya sebagai "tragedi kemanusiaan yang memalukan" yang memusnahkan negara dan nyawa serta menyebabkan "puluhan ribu menjadi mangsa."
Beliau menegaskan, usaha pembinaan semula Gaza mesti dilaksanakan selaras dengan pelan Arab-Islam, sambil menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pemindahan rakyat Palestin.
El-Sisi turut menegaskan, keamanan yang adil dan menyeluruh tidak akan dapat dicapai tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, selaras dengan kesahihan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami