BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga pada Selasa apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.
Media tempatan melaporkan, Prayuth kecewa apabila ditanya tentang senarai calon yang berpotensi untuk menisi jawatan Kabinet negara itu, susulan tindakan memenjarakan tiga daripada menterinya kerana terlibat dalam protes menentang kerajaan tujuh tahun lalu.
"Tak ada perkara lainkah hendak ditanya?" ujar Prayuth semasa di podium. "Saya tidak tahu, saya belum melihatnya (senarai nama). Bukankah itu suatu yang Perdana Menteri perlu lihat dahulu?"
Dalam taklimat yang disiar secara langsung itu, Prayuth meninggalkan podiumnya mengambil sebotol penyembur cecair sanitasi tangan, berjalan dengan bersahaja ke arah kumpulan wartawan di hadapannya dan menyembur setiap daripada mereka sambil menekup mulut dan hidungnya dengan pelitup muka.
Tindakan itu bagaimanapun tidak membuatkan wartawan berganjak, malah terus merakamkan aksi Perdana Menteri mereka menggunakan peranti kamera masing-masing.
Sifat dan mood Prayuth yang aneh serta tidak menentu memang tidak asing lagi. Beliau memang sangat terkenal dengan aksi sebegitu terhadap wartawan, kadang-kadang santai dan adakalanya lucu. Reaksi sinis atau marah kepada wartawan bukan sesuatu yang baharu.
Sebelum ini, beliau menggunakan taktik lain untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang tidak disenangi daripada wartawan.
Jeneral tentera itu meninggalkan sekeping kadbod imej dirinya dengan saiz sebenar untuk wartawan yang mahu bertanyakan soalan.
"Tanya saja pada dia!" kata Prayuth sambil menunjuk pada kepingan kadbod itu.
BACA: PM Thailand kini amalkan cara pelik untuk elak soalan wartawan
Agensi
Wed Mar 10 2021
Aksi Prayuth yang menyember sanitasi tangan terus ke arah wartawan bukan saja mengejutkan ramai orang, malah mencuit hati bagi mereka yang kenal sifat pemimpin politik itu. - Reuters
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja dua harinya.
PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel.
UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq
Anwar turut hadiri sesi perbincangan dengan badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa.
Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.
Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin
Srettha yang juga muka baharu dalam arena politik itu menerima 482 undi, manakala 165 tidak bersetuju dan 81 lagi berkecuali.
Kepulangan Thaksin tiada kena mengena dengan politik - Anak perempuan
Keputusan Thaksin untuk kembali adalah demi menjaga cucunya selepas meninggalkan negara itu selama lebih 15 tahun.
Bekas PM Thailand, Thaksin pulang ke tanah air Selasa depan
Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra akan pulang ke tanah airnya pada Selasa, hari yang sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.