awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah - Laporan

Agensi
Agensi
18/10/2023
23:45 MYT
Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah - Laporan
Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut.
PEMILIK platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut, lapor Reuters.
Reuters yang memetik laporan laman berita Insider pada Rabu berkata, jutawan itu juga telah membincangkan mengenai penghapusan aplikasi tersebut di rantau berkenaan atau menghalang pengguna di Kesatuan Eropah (EU) daripada mengaksesnya, dakwa sumber yang akrab dengan syarikat tersebut.
Pada Ogos, EU telah meluluskan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) yang menggariskan peraturan untuk mencegah penyebaran kandungan berbahaya, melarang atau menghadkan beberapa amalan yang mensasarkan pengguna tertentu serta berkongsi beberapa data dalaman dengan pihak berkuasa dan penyelidik yang berkaitan.
X, bagaimanapun, tidak menjawab permintaan Reuters untuk mengulas mengenai laporan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#platform X
#Twitter
#peraturan baharu Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan