Skip to main content

Dunia

Amaran serangan udara diaktifkan di Bahrain susulan serangan berterusan Iran

manama bahrain_REUTERS
Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya "bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat." - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Bahrain pada Ahad ketika Iran terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap negara-negara Teluk di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Bahrain menggesa penduduk supaya "bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat."

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak minggu lepas apabila AS melancarkan serangan terhadap Iran dan Tehran bertindak balas dengan menyerang kemudahan serta pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara serantau, termasuk Bahrain.

Washington dan Tehran terus berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman (MoU) hasil pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement