awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk, X disaman culas bayar syarikat pembekal mesin pelayan

Amanz
Amanz
23/08/2024
08:34 MYT
Elon Musk, X disaman culas bayar syarikat pembekal mesin pelayan
Elon Musk (foto) dan X dilapor disaman oleh Wiwynn, sebuah syarikat pembuat mesin pelayan dari Taiwan, yang mendakwa kedua-dua entiti ini telah mengelak daripada membuat pembayaran berkala untuk mesin-mesin pelayan yang telah dibeli. -Gambar fail
APABILA Elon Musk mengambil alih Twitter pada 2022, individu terkaya di dunia tersebut telah melakukan sejumlah pemotongan kos seperti memecat sejumlah besar para pekerja syarikat tersebut, dan memotong perbelanjaan mesin pelayan yang dibayar kepada pelbagai syarikat-syarikat teknologi lain.
Terkini, dilaporkan Elon Musk dan X telah disaman oleh Wiwynn, sebuah syarikat pembuat mesin pelayan dari Taiwan yang mendakwa bahawa kedua-dua entiti ini telah mengelak daripada membuat pembayaran berkala untuk mesin-mesin pelayan yang telah dibeli.
Menurut Wiwynn, kontrak pembelian mesin pelayan dengan Twitter telah bermula sejak 2014 dan bernilai sekitar $120 juta dari segi komponen mesin pelayan yang dibeli.
Pembayaran ini telah berhenti setelah Elon Musk mengambil alih Twitter, dan ia dilaporkan jumlah yang masih dihutang adalah kira-kira $61 juta, tidak termasuk komponen bernilai $40 juta yang perlu dibatalkan dan jumlah mesin pelayan yang bernilai $19 juta yang akan dijual semula.
Mengeruhkan keadaan ialah sehingga kini, Twitter, ataupun X telah enggan berkomunikasi dengan syarikat tersebut, dan ini menyebabkan saman ini difailkan di mahkamah.
Wiwynn bukanlah satu-satunya syarikat yang terkesan akibat perbuatan X/Twitter ini. Sebuah lagi syarikat pembangun mesin pelayan, MiTAC telah melaporkan bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak $43.71 juta kerana perkara yang sama.
Mereka tidak memfailkan saman, kerana mereka telah berjaya untuk menjual komponen-komponen ini kepada klien-klien yang lain dan mengurangkan kos kerugian kepada syarikat.
X/Twitter kini sedang berhadapan cabaran yang besar untuk beroperasi, khususnya kerana cabaran untuk mencari pengiklan yang sanggup berbelanja dengan mereka dan juga untuk mendapatkan pengguna mereka untuk melanggan pelan X Premium. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Wiwynn
#X disaman
#syarikat pembuat mesin pelayan dari Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan