awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empangan di Myanmar berisiko runtuh selepas gempa bumi kuat

Bernama
Bernama
29/03/2025
00:20 MYT
Empangan di Myanmar berisiko runtuh selepas gempa bumi kuat
Kira-kira 1.6 juta daripada 3.5 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Myanmar menetap di wilayah terjejas gempa. - Foto AP
BANGKOK: Palang Merah di Myanmar melaporkan kerosakan teruk susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) telah berhubung dengan kakitangan di wilayah terjejas, kata pengurus program IFRC di lokasi, Marie Manrique.
Terdapat kebimbangan besar bahawa empangan di Sungai Irrawaddy mungkin mengalami kerosakan dan berisiko pecah.
Menurut Manrique, seramai 18.5 juta orang tinggal di kawasan terjejas berhampiran bandar Sagaing, di mana dua gempa bumi - masing-masing dianggarkan dengan magnitud 7.7 dan 6.4 - direkodkan pada Jumaat.
Ramai daripada mereka kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.
Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 1.6 juta daripada 3.5 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Myanmar menetap di wilayah terjejas gempa.
"Kami sangat bimbang tentang kemungkinan akibat kemanusiaan," kata Manrique. "Kami menjangkakan ramai yang cedera."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#empangan
#Palang Merah
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan