Kumpulan anti kerajaan di Syria mengumumkan berjaya menguasai Empangan Hidro Elektrik Al Furat iaitu empangan terbesar di negara itu.
Ia sekali gus membolehkan mereka mengawal bekalan air dan elektrik ke sebahagian besar kawasan di Syria.
Pengumuman itu sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rejim Presiden Bashar Assad.
Kumpulan anti kerajaan sebelum ini berjaya menguasai dua empangan kecil yang lain.
Empangan Al Furat dibina pada penghujung 1960an dengan kerjasama Soviet Union.
Ia sebelum ini digelar sebagai Tabqa.
Selepas pembinaannya, bandar yang menempatkan empangan itu ditukar kepada Thawra bagi memperingati kejayaan rampasan kuasa Parti Baath di bawah pimpinan bekas Presiden Hafez Assad.
Bagaimanapun memandangkan ia merupakan sebuah empangan yang sensitif, aktivis menggesa kumpulan anti kerajaaan tidak masuk campur dengan kerja-kerja di empangan berkenaan.
Sebaliknya membiarkan pekerja di situ melakukan tugas mereka.
Astro Awani
Mon Feb 11 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Empangan terbesar Syria dikuasai kumpulan anti kerajaan
Kumpulan anti kerajaan di Syria mengumumkan berjaya menguasai Empangan Hidro Elektrik Al Furat iaitu empangan terbesar di negara itu.