Sebutir bom yang diletakkan di tepi jalan meletup kuat di jalan Tebing-Saiburi awal pada Jumaat, mengorbankan empat anggota tentera Thailand yang menjalan rondaan di wilayah Patani di selatan negara itu, menurut jurucakap tentera.
Lima anggota tentera yang lain dan seorang awam cedera dalam insiden itu yang berlaku pada 6.10 pagi (7.10 pagi waktu Malaysia), kata Kol Pramote Prom-in, jurucakap bagi Tentera Wilayah 4.
"Insiden itu berlaku apabila sembilan anggota tentera sedang menjalankan rondaan menaiki kenderaan pacuan empat roda di jalan raya," kagta beliau pada sidang media di Kem Sirinthorn.
Letupan kuat itu menyebabkan kenderaan tersebut terbelah dua, kata beliau sambil menambah bom itu, dianggarkan seberat 80 hingga 100 kg diletakkan di tepi jalan dan meletup dengan diaktifkan oleh bateri.
Pramote berkata kesemua anggota tentera yang cedera dan orang awam dikejarkan ke Hospital Saiburi dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pattani.
Beliau juga berkata pihak tentera akan menjalankan siasatan ungtuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan bom itu.
Sementara itu di BANGKOK, Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan berkata insiden terbaharu keganasan di selatan Thailand tidak akan menjejaskan proses damai yang diusahakan sekarang.
"Rundingan damai amasih diteruskan, ia tidak berhenti," kata beliau kepada media di sini hari ini ketika ditanya mengenai beberapa insiden keganasan di wilayah yang bergolak itu dan kesannya terhadap rundingan damai sekarang antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.
Kejadian letupan bom hari ini berlaku seminggu selepas satu lagi bom meletup kuat di wilayah Yala, menyebabkan dua anggota tentera maut dan 27 lagi cedera, kebanyakan mereka adalah anggota Unit Pemusnah Bom.
Prawit juga berkata, beliau telah meminta pasukan keselamatan di wilayah selatan untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan berhati-hati semasa menjalankan rondaan.
"Pasukan keselamatan perlu lebih berwaspada," kata Prawit sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota-anggota tentera yang terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2017
Letupan kuat itu menyebabkan kenderaan tersebut terbelah dua. - Foto Reuters
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.