awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut dalam letupan sasar kenderaan polis

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2023
23:15 MYT
Empat maut dalam letupan sasar kenderaan polis
Anggota polis memeriksa kenderaan yang terlibat dalam letupan di Quetta, Pakistan. - Foto REUTERS
QUETTA: Empat terbunuh dan 15 cedera dalam pengeboman yang menyasarkan kenderaan polis di sebuah pasar di bandar Quetta, Pakistan pada Isnin.
Dalam serangan berturut-turut, Pegawai Rumah Stesen (SHO) menjadi sasaran dalam letupan di tepi jalan di Quetta.
Kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang merupakan serangan ketiga dalam tempoh kurang 24 jam ke atas polis di Quetta.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu juga berkata, empat orang terbunuh, termasuk dua anggota polis.
Pegawai kanan polis, Shafqat Cheema memberitahu, sasaran serangan pertama adalah kenderaan Pemangku Penguasa Penyiasatan Polis, yang diletakkan di Kandahari Bazar.
Beliau berkata laporan awal menunjukkan peranti buatan sendiri mengandungi 4 hingga 5 kilogram bahan letupan diletakkan di dalam motosikal di belakang kenderaan dan diletupkan dari jauh.
Dua pegawai polis yang duduk di dalam kenderaan itu adalah antara yang maut.
Sebelum serangan Isnin, lelaki bersenjata menyasarkan anggota Skuad Helang Polis di Quetta, yang menyebabkan dua pegawai polis maut dan mencederakan seorang lagi, pada Ahad.
Balochistan adalah lokasi kepada beberapa projek ekonomi yang disokong China di bawah inisiatif Belt and Road (BRI) yang telah dibantah oleh beberapa militan.
Quetta telah berhadapan dengan pemberontakan etnik pemisah, pada masa sama ketika Pakistan berhadapan dengan keganasan yang tidak berkaitan dilakukan oleh militan.
Minggu lalu Pakistan melancarkan operasi di seluruh negara untuk cuba membasmi militan.
Topic Berkaitan
#letupan
#kenderaan polis
#militan
#BLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan