Skip to main content

Dunia

Bank di Rusia akan papar identiti pemanggil bagi bendung penipuan menerusi telefon

Empat pengendali telekomunikasi terbesar negara itu dan bank utama mencapai persetujuan mengenai syarat pelabelan identiti pemanggil. - Gambar hiasan
Empat pengendali telekomunikasi terbesar negara itu dan bank utama mencapai persetujuan mengenai syarat pelabelan identiti pemanggil. - Gambar hiasan
Advertisement

MOSCOW: Nama institusi perbankan akan mula terpapar pada skrin telefon bimbit penerima apabila mereka menerima panggilan daripada beberapa bank utama di Rusia, sebagai sebahagian daripada usaha membanteras penipuan telefon, menurut Kementerian Pembangunan Digital, Komunikasi dan Media Massa Rusia pada Sabtu, lapor Xinhua.

Empat pengendali telekomunikasi terbesar negara itu dan bank utama mencapai persetujuan mengenai syarat pelabelan identiti pemanggil serta menandatangani kontrak yang diperlukan, menurut kenyataan kementerian itu yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

Menerusi aturan itu, nama bank akan tertera pada skrin telefon pintar apabila panggilan masuk dibuat oleh pihak bank berkenaan, sekali gus membantu penerima mengenal pasti pemanggil dan mengurangkan risiko penipuan oleh individu yang menyamar sebagai kakitangan institusi kewangan.

Advertisement

Kementerian itu menyifatkan persetujuan berkenaan sebagai langkah penting ke arah melindungi rakyat daripada penipuan telefon serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap panggilan daripada organisasi.

Peraturan yang mewajibkan paparan identiti pemanggil bagi panggilan daripada syarikat dan usahawan individu telah berkuat kuasa di Rusia sejak 1 Sept 2025 sebagai sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk melindungi orang ramai daripada penipuan telefon.

Advertisement

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement