Skip to main content
Advertisement

Dunia

Empat maut dalam nahas helikopter di Quebec, Kanada

Sumber: Adobe Stock
Anggota kecemasan mengawal kebakaran dan keempat-empat penumpang helikopter itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
Advertisement

ISTANBUL: Empat orang disahkan maut pada Sabtu selepas sebuah helikopter terhempas dan terbakar di wilayah Quebec, Kanada, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa.

Polis wilayah Quebec, yang dikenali sebagai Surete du Quebec (SQ), berkata mereka menerima laporan sejurus selepas 2.30 petang waktu tempatan (1630 GMT) mengenai sebuah helikopter terhempas berhampiran Rang des Ecossais di luar Lebuhraya 10 di kawasan Sainte-Brigide-d’Iberville.

Anggota kecemasan mengawal kebakaran dan keempat-empat penumpang helikopter itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata jurucakap SQ kepada CityNews.

Identiti mangsa belum didedahkan.

Unit Jenayah Utama SQ akan menyiasat keadaan sekitar nahas manakala Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada dijangka menghantar penyiasat ke tempat kejadian.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement