awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat terbunuh, lebih 20 lagi cedera insiden tembakan ketika sambutan hari lahir

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2023
23:30 MYT
Empat terbunuh, lebih 20 lagi cedera insiden tembakan ketika sambutan hari lahir
Anggota polis lakukan siasatan susulan kejadian tembakan di sebuah studio tarian di Alabama, AS. - Foto REUTERS
ALABAMA: Empat individu maut manakala lebih daripada 20 yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di Alabama, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu malam.
Pihak berkuasa berkata, kejadian berlaku di Studio Tarian Mahogany Masterpiece ketika sambutan hari lahir diadakan.
Butiran lanjut tentang insiden itu masih belum didedahkan.
"Kami akan siasat kejadian ini dengan teliti bagi memastikan pembunuh itu akhirnya dibawa ke muka pengadilan," kata Jeremy Burkett, seorang anggota polis Agensi Penguatkuasa Undang-Undang Alabama.
Jelasnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.43 malam pada Sabtu dan ketika ini polis belum menyatakan jika suspek telah ditahan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Presiden AS Joe Biden menyifatkan keganasan melibatkan senjata api di negara itu membimbangkan.
Beliau turut menyeru Kongres untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) yang antara lain mengharamkan senjata api pertempuran bagi kegunaan orang awam.
Insiden berkenaan berlaku pada hari yang sama dua individu terbunuh manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah taman di Kentucky.
Lebih daripada 140 kejadian tembakan rambang telah berlaku setakat ini di AS.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#sambutan hari lahir
#keganasan senjata api
#Studio Tarian Mahogany Masterpiece
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan