INDIANA: Tiga pengunjung sebuah pusat beli-belah di Indiana, Amerika Syarikat (AS) maut ditembak dalam serangan rambang pada petang Ahad.

Dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan di medan selera premis itu.





Menurut polis, suspek memasuki Pusat Beli-belah Greenwood Park dengan membawa senapang dan beberapa kelopak peluru dan mula melepaskan tembakan di medan selera premis.

Suspek bagaimanapun ditembak mati oleh orang awam yang berada di lokasi.

Polis dalam pada itu berjaya merampas sebuah beg galas mencurigakan yang diletak di dalam bilik air berhampiran medan selera.


Terdahulu, laporan awal media menyebut bahawa sekurang-kurangnya dua individu terbunuh dalam insiden berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia termasuk suspek kejadian.

BACA: 2 maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Indiana

Greenwood terletak di pinggir bandar selatan Indianapolis dengan populasi kira-kira 60,000 penduduk.