awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Sri Aman, Tawau

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
00:30 MYT
30 rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Sri Aman, Tawau
Kebakaran melibatkan struktur rumah papan dan kayu yang terbakar 100 peratus. - Astro AWANI
TAWAU: Sebanyak 30 buah rumah tidak kekal di perkampungan atas air musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran besar yang berlaku lewat malam tadi di Kampung Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 malam, dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.
Komander Operasi, PBK I Suheizan Sahak, berkata kebakaran melibatkan struktur rumah papan dan kayu yang terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan secara berperingkat menggunakan kaedah Pemadaman Pertama, Kedua dan Ketiga, dengan bantuan beberapa aliran pancutan air serta sumber air terbuka dari laut,” katanya.
Bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang operasi, pasukan bomba turut menggunakan pam angkut dan sistem relay air daripada jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Water Tanker.
Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran, sekali gus menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah lain di sekitar lokasi kejadian.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.44 tengah malam, dan operasi ditamatkan pada jam 3.10 pagi selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan bagi memastikan tiada risiko bahaya susulan.
Seramai 24 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini, melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Kunak serta Bomba Komuniti Kampung Titingan.
Operasi turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity dan Jabatan Air.
Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#perkampungan atas air
#rumah papan
#Kampung Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan