awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh

Agensi
Agensi
02/08/2019
01:28 MYT
Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh
Petir menyambar saat Doumbouya keluar untuk menarik kanak-kanak itu masuk, namun mereka terus terbaring di atas tanah dalam keadaaan tidak sedar, dalam kejadian yang berlaku di pantai barat Guinea pada Rabu. - Gambar hiasan
Enam kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun maut akibat disambar petir ketika membancuh teh di bawah pokok mangga dalam kejadian yang berlaku di pantai barat Guinea pada Rabu.
Agensi berita AFP melaporkan, terdahulu, kawasan sekitar Kota Siguiri yang berdekatan dengan Mali itu telah dilanda ribut.
Menurut seorang saksi yang merupakan penduduk tempatan, Mamadi Doumbouya, sebelum insiden itu, terdapat sekitar lapan kanak-kanak di lokasi kejadian.
“Saya mengajak mereka untuk berteduh di dalam rumah saya. Kedua-dua ibu yang turut berada di situ terus masuk ke dalam rumah, tetapi anak-anak tetap berada di bawah pohon untuk membuat teh," kata Doumbouya.
Petir menyambar saat Doumbouya keluar untuk menarik mereka masuk, namun kanak-kanak itu terus terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedar.
"Enam daripada mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
“Mangsa melibatkan lima kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia empat tahun," jelasnya.
Dalam pada itu, doktor yang merawat dua kanak-kanak yang cedera memberitahu pihak hospital akan terus melakukan pemantauan ke atas mangsa yang mungkin mengambil masa selama beberapa hari.
Topic Berkaitan
#bancuh teh
#Guinea
#Hospital
#Kanak-kanak
#Mali
#meninggal dunia
#petir
#rawatan
#tidak sedar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan