Enam remaja dijatuhkan hukuman penjara kerana rogol, dera, ugut guru

Mahkamah mendapati guru itu turut dirogol, dicabul dan didera oleh ahli kumpulan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah. - Gambar hiasan
VIENNA: Sebuah mahkamah Austria pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam remaja berusia antara 14 dan 17 tahun dalam kes melibatkan seorang guru yang didera, diperas ugut dan dirompak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Mahkamah Wilayah Vienna menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam remaja berusia 14 hingga 17 tahun atas kesalahan mendera, memeras ugut dan merompak seorang guru wanita, termasuk membakar dan mencuri dari kediamannya.
- Guru berkenaan dipercayai menjadi mangsa rogol, cabul dan penderaan ketika berada di bawah pengaruh dadah, selain diperas ugut dengan rakaman aktiviti seksual dan penggunaan dadah oleh kumpulan remaja terbabit.
- Hukuman penjara antara empat hingga 42 bulan dijatuhkan, sebahagiannya ditangguhkan, manakala seorang tertuduh dibebaskan; kesemua tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan harta benda tetapi menafikan penderaan dan peras ugut.
Wanita itu kemudiannya berkenalan dengan rakan-rakan remaja berusia 16 tahun itu, yang menurut guru berkenaan mendakwa diri mereka sebagai anggota kumpulan jenayah.
Mahkamah mendapati dia kemudiannya dirogol, dicabul secara seksual dan didera oleh ahli kumpulan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.
Kumpulan itu juga memeras wang daripada wanita itu untuk mendapatkan dadah, tembakau, makanan, minuman dan tambang teksi, mengugutnya dengan rakaman yang menunjukkan dia terbabit dalam aktiviti seksual dan mengambil dadah, kata hakim.
Beberapa tertuduh juga didapati bersalah atas kesalahan membakar, memecah masuk dan mencuri. Semasa guru itu bercuti pada Januari lalu, kesemua remaja terbabit membakar pangsapuri mangsa dan mencuri barang berharga.
Mahkamah sebahagian besarnya menerima kenyataan guru itu yang digambarkan oleh hakim sebagai benar-benar boleh dipercayai.
Ini adalah "jenayah yang amat serius," kata pendakwa raya, walaupun guru itu mengaku melakukan kesilapan yang "tidak selalu selari dengan norma sosial," remaja-remaja itu yang didakwa, katanya.
Kesemua tertuduh mengaku melakukan kesalahan membakar dan kesalahan harta benda, tetapi menafikan tuduhan penderaan dan peras ugut dan mendakwa perbuatan seksual adalah atas dasar suka sama suka.
Hanya remaja yang dibebaskan menunjukkan rasa menyesal. "Saya minta maaf atas apa yang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami