ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mac 2026.
Advertisement
1. Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat, yang turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di hotel tersebut.
2. Tamim Dahri dakwa hanya alih besi tajam, berkarat
Tamim Dahri Abdul Razak menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu dengan merosakkan sebatang besi ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
3. Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami Azar Azmi berdepan dua pertuduhan menipu atas urusan mendapatkan darjah kebesaran Datuk dan tanah kurniaan negeri Selangor.
4. Konflik Asia Barat: 170 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air
Sekumpulan 170 rakyat Malaysia yang terkandas di rantau Asia Barat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) tengah hari Rabu.
5. Konflik Asia Barat: Harga RON95 kekal, bekalan terjamin sehingga Mei 2026 – PM Anwar
Harga RON95 akan terus kekal pada paras RM1.99, biarpun harga Brent menunjukkan peningkatan mendadak susulan konflik yang melanda Asia Barat.
6. Isu pemilikan saham KP SPRM: KSN akan ambil tindakan selanjutnya - Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteribersetuju bahawa tindakan susulan berhubung isu pegangan saham Ketua Pengarah SPRM akan diambil oleh KSN.
7. Polis akan panggil Zamri Vinoth bantu siasatan kenyataan berbentuk ugutan
Polis akan memanggil penceramah bebas Zamri Vinoth berkaitan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan, provokasi, bersifat menghina dan berunsur perkauman yang dibuat dalam video “live” di aplikasi TikTok.
8. Lagi kes pijak al-Quran: MCMC laksana siasatan segera, kesan individu terlibat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan siasatan segera susulan penyebaran visual di platform Threads dan Facebook yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak al-Quran.
9. Malaysia tekankan autonomi strategik hadapi cabaran geopolitik global
Malaysia menekankan kepentingan autonomi strategik dan pembaharuan multilateralisme dalam menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin kompleks pada Persidangan Tokyo 2026 di Jepun.
10. Kes Muhyiddin: RM6 juta dimasukkan ke akaun Bersatu pada 2022 - Pegawai bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM6 juta ke dalam akaun milik Bersatu antara 21 Feb 2022 hingga 17 Nov 2022.