awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan beri 'password', suami belah perut isteri

Agensi
Agensi
22/02/2019
03:34 MYT
Enggan beri 'password', suami belah perut isteri
Asmawati bersama cucu lelaki yang terselamat dari kekejaman bapanya. - Foto Liputan 6 via Sinar Harian
BERANG kerana tidak memperoleh kata laluan (password) telefon bimbit, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya yang sedang sarat hamil.
Lebih kejam lagi, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Romi Sepriawan, 30, dari Bengkulu, Indonesia membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan Erni Susanti, 29.
Portal-portal berita Indonesia melaporkan, wanita berkenaan maut manakala bayinya selamat dan dirawat hospital.
Suspek difahamkan sering berselisih faham dengan isterinya hanya kerana wanita berkenaan tidak mahu memberikan kata laluan telefon bimnbit.
Menurut polis, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, selepas pasangan bergaduh, Romi secara tiba-tiba mengambil parang sebelum menetak leher isterinya yang berbaring di atas katil.
“Suspek juga membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan. Dia kemudiannya keluar rumah sambil mendukung bayinya dan menyerahkan kepada seorang jiran untuk dihantar ke hospital,” kata jurucakap polis.
Suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Romi dalam reaksinya mengakui, dia telah mengambil tindakan di luar kewarasan dengan menetak leher isterinya yang sedang hamil.
"Saya melakukannya kerana khilaf. Kami berselisih pendapat kerana telefon bimbit. Dia (Erni) seperti merahsiakan sesuatu," kata Romi.
Topic Berkaitan
#belah perut
#Bengkulu
#Indonesia
#tetak isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan