AKSI sulung tertutup Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi menyaksikan Manchester City menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.

Perlawanan turut menyaksikan pemain Arsenal, David Luiz dilayangkan kad merah.

Jaringan City dihasilkan di babak kedua masing-masing pada minit ke 45, 51 dan 91. Arsenal bagaimanapun gagal meledakkan sebarang gol di gawang City.

Luiz, yang menjadi pemain gantian pada babak pertama, dilayangkan kad merah selepas menarik Riyad Mahrez. Kesilapan itu menyebabkan City dianugerahkan sepakan penalti.

City kini di kedudukan kedua liga sementara Arsenal di tangga kesembilan

Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Aston Villa dan Sheffield United seri tanpa jaringan.

Dalam pada itu, pemain EPL turut menunjukkan solidariti dengan gerakan Black Lives Matter.

Pemain Arsenal dan Manchester City berlutut sebagai solidariti sebelum sepak mula di Stadium Ethihad.

Perkataan Black Lives Matter turut menggantikan nama pemain di belakang jersi.

Pemain turut bertafakur seminit bagi memperingati mangsa koronavirus.

Mereka turut memakai logo biru perkhidmatan kesihatan nasional, bagi menyatakan sokongan kepada petugas barisan hadapan ketika berdepan pandemik COVID-19.