awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine

Bernama
Bernama
17/07/2023
14:20 MYT
Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine
Moscow berkata perjanjian bijirin Ukraine itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin berkata perjanjian pelbagai hala membenarkan penghantaran bijirin dan produk pertanian lain dari pelabuhan Laut Hitam Ukraine boleh diselamatkan, lapor Xinhua.
Inisiatif Bijirin Laut Hitam, yang ditaja oleh Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu mengurangkan krisis makanan global selepas konflik Rusia-Ukraine, tamat pada Isnin.
Moscow berkata perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
"Walaupun kenyataan dibuat hari ini, saya percaya Presiden Rusia (Vladimir) Putin mahukan kesinambungan jambatan kemanusiaan ini," kata Erdogan, merujuk kepada perjanjian itu.
Erdogan bercakap kepada media di lapangan terbang Istanbul sebelum memulakan lawatan ke Arab Saudi.
Beliau telah menghubungi Putin sebelum lawatan pemimpin Rusia itu ke Turkiye.
Minggu lalu, Erdogan berkata Putin mungkin melawat Turkiye pada Ogos.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Turkiye menjadi perantara Inisiatif Bijirin Laut Hitam dengan Rusia dan Ukraine untuk menyediakan koridor maritim kemanusiaan untuk kapal dengan eksport makanan dan baja dari tiga pelabuhan Laut Hitam Ukraine yang ditetapkan pada Julai 2022.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Reccep Tayyip Erdogan
#bijirin
#Ukraine
#Moscow
#krisis makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan