Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 23 hotel di Bayan Lepas

Mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang pekerja hotel pada 6.40 pagi, dan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.13 pagi. - Gambar fail
Mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang pekerja hotel pada 6.40 pagi, dan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.13 pagi. - Gambar fail
Advertisement

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan berlumuran darah di tingkat bawah sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini hari ini dipercayai selepas terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat 23 bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut  ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat lelaki tempatan berusia 25 tahun yang berasal dari Bayan Lepas itu ditemukan oleh seorang pekerja hotel pada 6.40 pagi, dan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.13 pagi.

"Siasatan mendapati mangsa disyaki terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat 23 hotel tersebut, dan pemeriksaan forensik di lokasi kejadian serta tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Advertisement

"Hasil bedah siasat oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki, badan dan kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk siasatan lanjut.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement