awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eric Cantona gesa FIFA, UEFA gantung penyertaan Israel dalam bola sepak antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2025
10:40 MYT
Eric Cantona gesa FIFA, UEFA gantung penyertaan Israel dalam bola sepak antarabangsa
Cantona membuat kenyataan tersebut pada konsert Together for Palestine di London. -Foto X@VibronsFoot
LONDON: Bekas pemain bola sepak Perancis, Eric Cantona menggesa agar Israel digantung daripada menyertai kejohanan bola sepak antarabangsa oleh FIFA dan UEFA, susulan konflik berterusan di Gaza yang diisytihar sebagai genosid oleh beberapa badan hak asasi manusia.

Ringkasan AI
  • Eric Cantona menggesa FIFA dan UEFA menggantung penyertaan Israel dalam kejohanan bola sepak antarabangsa, membandingkan dengan tindakan terhadap Rusia yang digantung empat hari selepas pencerobohan ke atas Ukraine.
  • Beliau membuat kenyataan tersebut dalam konsert Together for Palestine di London, sambil menyeru kelab dan pemain memboikot perlawanan menentang pasukan Israel, merujuk kepada boikot sukan semasa era aparteid Afrika Selatan.
  • UEFA mempertahankan keputusan untuk tidak menggantung Israel, dengan alasan atlet tidak seharusnya dihukum atas tindakan kerajaan mereka, walaupun tekanan antarabangsa semakin meningkat.

Cantona membuat kenyataan tersebut ketika berucap di konsert “Together for Palestine” di Ovo Arena Wembley, London, pada Rabu malam.
Éric Cantona « Nous en sommes à 716 jours de ce quAmnesty International a qualifié de GÉNOCIDE !!! Et pourtant, on permet encore à Israël de participer aux compétitions internationales. Israël doit être suspendu par la FIFA et lUEFA. Les clubs doivent refuser de pic.twitter.com/YgD6X2xny7
— Vibrons Foot (@VibronsFoot) September 18, 2025
Beliau turut membandingkan tindakan terhadap Israel dengan penggantungan Rusia oleh FIFA dan UEFA hanya empat hari selepas pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022.
“Kita kini berada pada hari ke-716 sejak Amnesty International menyifatkan tindakan Israel sebagai genosid, namun mereka masih dibenarkan bermain,” kata Cantona sambil menegaskan bahawa bola sepak adalah lebih daripada sekadar sukan.
Beliau turut menyeru kelab dan pemain agar memboikot perlawanan menentang pasukan Israel, dengan merujuk kepada peranan penting boikot sukan dalam menamatkan aparteid di Afrika Selatan.
Kenyataan Cantona menerima tepukan gemuruh daripada hadirin, namun turut mencetuskan kritikan daripada pihak yang menyifatkan beliau mengabaikan serangan terhadap Israel pada 7 Oktober 2023.
Presiden UEFA, Aleksander Čeferin, mempertahankan keputusan untuk tidak menggantung Israel, dengan menyatakan bahawa atlet tidak seharusnya dihukum atas tindakan kerajaan mereka.
“Apa yang boleh dilakukan oleh atlet terhadap kerajaan mereka untuk menghentikan perang?” katanya dalam temu bual bersama Politico.
Israel masih aktif dalam kelayakan Piala Dunia dan kelab seperti Maccabi Tel-Aviv dijadualkan beraksi dalam Liga Europa UEFA musim ini.
Sebelum perlawanan menentang Israel, Persatuan Jurulatih Bola Sepak Itali turut mengeluarkan surat terbuka yang menyokong penggantungan pasukan tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#eric cantona
#gantung penyertaan Israel
#FIFA dan UEFA
#kejohanan bola sepak antarabangsa
#Together for Palestine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami