BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mencadangkan pakej baharu bertujuan meningkatkan kestabilan pasaran gas Eropah.
Pakej itu dibentangkan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Pesuruhjaya Eropah yang lain pada Selasa di Strasbourg, Perancis.
Langkah itu termasuk pembelian gas secara bersama, penetapan harga Gas Asli Cecair (LNG) dan perpaduan tenaga default antara negara anggota Kesatuan Eropah (EU), lapor Xinhua.
Von der Leyen juga menekankan keperluan untuk meneruskan usaha menjimatkan gas serta melabur dalam sektor tenaga boleh dibaharui.
"Dalam konteks krisis gas semasa, kami bersedia membantu firma yang mahu menyertai konsortium pembelian bersama, tertakluk kepada perlindungan dan selaras dengan peraturan persaingan," kata naib presiden eksekutif Suruhanjaya Eropah Margrethe Vestager.
Matlamat pembelian gas secara bersama adalah untuk mengurangkan bidaan tidak diselaras bagi bekalan gas antara negara anggota, memberi akses lebih adil dan potensi penurunan harga.
Suruhanjaya Eropah juga mencadangkan untuk mewujudkan penanda aras bagi penetapan harga baharu LNG yang lebih mencerminkan realiti pasaran gas semasa berbanding indeks harga Kemudahan Pemindahan Hakmilik (TTF) sedia ada.
"Penanda aras harga semasa tidak lagi disesuaikan dengan harga pasaran yang beralih daripada gas saluran paip kepada LNG.
"Kami akan membangunkan penanda aras baharu dan menyediakan mekanisme untuk mengehadkan harga gas yang berlebihan dalam masa yang sama," kata von der Leyen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Pakej itu dibentangkan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Pesuruhjaya Eropah yang lain pada Selasa di Strasbourg, Perancis. - Fail/AP

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 15 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Malaysia, Indonesia akan bincang hasrat penetapan harga sawit - Fadillah
Malaysia dan Indonesia juga akan bincang isu sekatan dan halangan perdagangan terhadap produk sawit oleh Kesatuan Eropah.

WEF2023: 'Kita kena kerjasama dengan China, bukan 'larikan diri' - Presiden EU
Kesatuan Eropah perlu bekerjasama dan berdagang dengan China dalam teknologi bersih dan mendorong ke arah persamaan dan bukannya berusaha melepaskan diri daripada ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Strategi perangi lobi antiminyak sawit bersama Indonesia boleh beri tekanan kepada EU
Kedua-dua negara melalui CPOPC akan mencari cara untuk beri tekanan kepada EU supaya Indonesia dan Malaysia tidak dibuli sewenang-wenangnya.

Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah - Fadillah
Malaysia juga bercadang untuk melibatkan Indonesia, yang merupakan pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar dunia dalam perbincangan berkaitan sekatan eksport itu.

TikTok mesti patuh peraturan Kesatuan Eropah
TikTok mesti menghormati peraturan Kesatuan Eropah (EU) termasuk syarat ketelusan berhubung algoritmanya.

Croatia mula guna mata wang euro
Dengan beralih daripada kuna kepada euro bermula 2023, Croatia menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama.

Putin henti eksport minyak ke negara laksanakan penetapan had harga
Putin keluarkan dekri mengharamkan eksport minyak kepada negara-negara yang mengenakan dasar penetapan had harga bermula Feb.

Presiden Perancis gesa Eropah hadkan pergantungan keselamatan kepada AS
Macron membuat kenyataan itu selepas pertemuan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dengan Presiden AS Joe Biden di Washington pada Rabu.

Jerman dan Perancis sedia pelan tindakan terhadap akta pengurangan inflasi AS
Jerman dan Perancis menetapkan pelan untuk Kesatuan Eropah bertindak terhadap program subsidi berbilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) untuk teknologi hijau akan datang.

Gantung akaun Twitter wartawan, Elon Musk dikritik lagi
Penggantungan Twitter terhadap sekumpulan wartawan atas dakwaan mendedahkan lokasi masa nyata jutawan Elon Musk mendapat maklum balas daripada pegawai kerajaan, kumpulan advokasi.