Skip to main content

Dunia

EU, Jerman kecam undang-undang hukuman mati baharu Israel

Israel's far-right National Security Minister Itamar Ben-Gvir celebrates after Israel's parliament passed a law on Monday making the death penalty a default sentence for Palestinians convicted in military courts of deadly attacks, at the Knesset, Israel’s parliament in Jerusalem, March 30, 2026 REUTERS/Oren Ben Hakoon ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL TPX IMAGES OF THE DAY
Undang-undang kontroversi itu, yang diluluskan Knesset pada Isnin dengan undian 62-48, menetapkan hukuman gantung terhadap warga Palestin di Tebing Barat yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas serangan maut. -Gambar fail/Reuters

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman menyuarakan kebimbangan berhubung keputusan Parlimen Israel, Knesset, yang meluluskan undang-undang hukuman mati mandatori bagi individu yang disabitkan dengan kesalahan 'keganasan'.

Undang-undang kontroversi itu, yang diluluskan pada Isnin dengan undian 62-48, menetapkan hukuman gantung terhadap warga Palestin di Tebing Barat yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas serangan maut.

Advertisement

Jerman bersama Perancis, Itali, dan United Kingdom (UK) dalam satu kenyataan bersama menyifatkan undang-undang tersebut sebagai diskriminasi kerana ia hanya terpakai kepada penduduk Palestin dan tidak kepada warga Israel dalam situasi yang sama.

Jurucakap Suruhanjaya EU menegaskan bahawa langkah itu merupakan langkah ke belakang daripada amalan moratorium Israel terhadap hukuman mati.

Pesuruhjaya Dasar Hak Asasi Manusia Kerajaan Jerman pula menyatakan undang-undang baharu itu bercanggah dengan prinsip kedaulatan undang-undang serta nilai demokrasi yang dikongsi bersama negara-negara Eropah.

Di bawah peruntukan baharu tersebut, hakim mahkamah tentera boleh menjatuhkan hukuman mati dengan undian majoriti mudah tanpa memerlukan keputusan sebulat suara, manakala pelaksanaan hukuman perlu dijalankan dalam tempoh 90 hari selepas sabitan.

Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran bahawa langkah ini berkemungkinan berdepan cabaran undang-undang di Mahkamah Agung Israel dalam masa terdekat.

Must Watch Video