[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

EU jumpa penyiasat PBB

Sinar Harian 27/08/2018 | 23:24 MYT
Pemandangan di kem Kutupalong, Bangladesh, 26 Ogos, 2018, yang menempatkan pelarian Rohingya yang tinggal dalam keadaan ketidaktentuan selepas meninggalkan Myanmar kira-kira setahun lalu. (AP Photo/Altaf Qadri)
Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) bakal mengadakan mesyuarat minggu ini bersama kumpulan penulis laporan Myanmar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan tentera negara itu mempunyai niat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.
Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata, apa juga bentuk tindakan EU perlu dibincangkan dengan negara anggota.
Jurucakap itu berkata, laporan PBB adalah tepat pada masanya kerana keadaan Myanmar masih sangat serius.
BACA: Laporan Rohingya: Enam jeneral perlu disiasat - PBB
BACA: Facebook ambil tindakan hapus akaun pegawai tentera tertinggi Myanmar
Laporan kumpulan penyiasat mendedahkan ketua tentera dan lima jeneral perlu didakwa kerana merancang jenayah berat. - Agensi
#EU #jenayah #Kesatuan Eropah #laporan #mesyuarat #Myanmar #PBB #pembunuhan beramai-ramai #penulis #Rohingya #tentera