WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.
Kedua-dua sekutu itu berulang kali mengenakan tindakan punitif terhadap Myanmar sejak 1 Feb 2021, apabila tentera bertindak menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi atas tuduhan penipuan undian secara meluas ketika pilihan raya 8 Nov 2020, di mana Liga Kebangsaan Suu Kyi untuk Demokrasi mendapat sokongan orang ramai.
"Dua tahun lalu, Liga Kebangsaan untuk Demokrasi memenangi pilihan raya umum Myanmar dengan majoriti besar, tetapi telah digulingkan oleh junta.
"Hari ini, EU telah menerima pakai pakej sekatan kelima sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan yang dilakukan junta terhadap rakyatnya sendiri," wakil tinggi Kesatuan Eropah untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell berkata menerusi ciapannya pada Selasa, menurut United Press International (UPI).
Perbendaharaan AS dan Jabatan Negara turut menyenaraihitam Sky Aviator Co. kerana melaksanakan kerja menaiktaraf sistem dan penyelenggaraan bagi pesawat junta, manakala pengasas syarikat itu Kyaw Min Oo, seorang ahli perniagaan Myanmar berusia 40 tahun dituduh membantu perjanjian pembekalan senjata untuk tentera.
Menerusi langkah yang diselaraskan, Eropah pada Selasa turut mengenakan sekatan terhadap 19 individu, termasuk menteri, ketua hakim Mahkamah Tinggi, anggota angkatan tentera yang dikenali sebagai Tatmadaw dan tentera udara serta wakil perniagaan yang tidak dinamakan.
Majlis Pentadbiran Negeri turut disenaraihitam, lapor UPI.
Sejak rampasan kuasa itu, EU telah membekukan aset dan mengeluarkan larangan perjalanan ke atas 84 individu dan 11 entiti menerusi lima pakej sekatannya.
Pihak bersekutu terus mengetatkan sekatan diplomatik mereka terhadap Myanmar sejak rampasan kuasa oleh junta yang turut berdepan protes rakyat.
Menurut pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Thailand, Assistance Association for Political Prisoners, lebih 2,400 orang telah terbunuh manakala kira-kira 16,110 ditangkap sejak tentera mengambil alih negara itu.
Pada 23 Okt, rejim itu dilaporkan melakukan serangan udara ke atas festival muzik di pergunungan Kachin hingga mengorbankan 100 orang, termasuk artis dan pemuzik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022

Menurut pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Thailand, Assistance Association for Political Prisoners, lebih 2,400 orang telah terbunuh manakala kira-kira 16,110 ditangkap sejak tentera mengambil alih negara itu.- Fail/REUTERS

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

Perdagangan EU-Malaysia capai peringkat prapandemik menjelang akhir tahun - Duta
Kesatuan politik Eropah berikrar untuk terus menjadikan Malaysia sebagai rakan strategiknya.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

AS, EU kenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.

COVID-19: Parlimen Perancis lulus RUU pas vaksin
Ia usaha kerajaan untuk melindungi perkhidmatan kesihatan awam negara itu yang berada dalam keadaan tertekan.

Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.

COVID-19: Perancis catat kes baharu tertinggi sejak Jun
Perancis merekodkan 94,124 jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 8.98 juta.

COVID-19: PM Britain umum sekatan baharu di England
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan sekatan baharu di England yang akan dikuatkuasakan sehingga pertengahan Februari bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19.

COVID-19: Belgium tidak akan kenakan sekatan baharu
Belgium tidak akan mengenakan langkah-langkah sekatan baharu di sebalik peningkatan baharu COVID-19.

COVID-19: Sepanyol laksanakan sekatan baharu, denda jika ingkar SOP
Setakat Isnin, Sepanyol merekodkan jumlah keseluruhan 813,412 kes dengan 32,225 kes kematian.

COVID-19: Jerman mungkin kenakan sekatan baharu
Kadar kebolehjangkitan yang direkodkan pada Ahad adalah melebihi tahap yang diperlukan untuk mengawal penularan koronavirus.

Korea Utara sifatkan sekatan baharu PBB satu tindakan perang
Korea Utara hari ini menyifatkan sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap mereka sebagai satu tindakan perang.