BRUSSELS: Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berharap pengenalan sijil digital COVID-19, akan melonjakkan semula sektor pelancongan.

Sijil berkenaan dijangka dilancarkan 1 Julai ini sekali gus memberi sinar baharu kepada ekonomi blok EU.

EU optimis industri pelancongan yang dianggap nadi ekonominya akan pulih secara perlahan-lahan dengan pengenalan sijil digital.

Sektor itu terjejas teruk gara-gara pandemik dan pelaksanaan larangan perjalanan.

Ketua Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen memaklumkan setakat ini, 300 juta vaksin COVID-19 sudah diterima EU.

Ini akan meningkatkan lagi bilangan populasi Eropah yang akan divaksin.

Dengan kadar berkenaan, beliau yakin sejumlah 70 peratus populasi di Eropah akan divaksin.

Ini akan memberi laluan untuk lebih banyak sektor dilonggarkan.

Persetujuan mengenai pelaksanaan pasport digital dicapai di antara EU dan Parlimen Eropah minggu lalu.