awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU lanjutkan rejim sekatan terhadap Sudan sehingga 2026

Bernama
Bernama
22/09/2025
22:00 MYT
EU lanjutkan rejim sekatan terhadap Sudan sehingga 2026
Sekatan itu menyasarkan anggota dan sekutu RSF serta SAF, yang konfliknya telah menjejaskan jutaan orang awam sejak dua tahun lepas. - Foto AP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin melanjutkan rejim sekatannya selama setahun lagi terhadap pihak yang "bertanggungjawab menggugat kestabilan Sudan dan menghalang peralihan politik negara itu," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Langkah sekatan yang sepatutnya tamat bulan depan itu kini akan berkuat kuasa sehingga 10 Okt 2026, menurut Majlis Eropah (EC) dalam satu kenyataan.
Ketika ini, 10 individu dan lapan entiti tertakluk kepada larangan perjalanan di seluruh EU, pembekuan aset serta larangan menyalurkan dana atau sumber ekonomi kepada mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sekatan itu menyasarkan anggota dan sekutu Rapid Support Forces (RSF) serta Angkatan Tentera Sudan (SAF), yang konfliknya telah menjejaskan jutaan orang awam sejak dua tahun lepas.
EU mula mewujudkan rangka kerja sekatan khusus ke atas Sudan pada Oktober 2023 dan sejak itu mengenakan langkah berturutan terhadap pihak yang berkaitan konflik berkenaan pada Januari, Jun dan Disember 2024 serta Julai 2025.
EU berulang kali menegaskan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan menggunakan saluran diplomatik termasuk sekatan untuk mendesak proses politik inklusif yang mencerminkan aspirasi rakyat Sudan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#rejim sekatan
#Sudan
#menghalang peralihan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan