KESATUAN Eropah (EU) telah melarang penghantaran sisa plastik dari negara anggota ke negara-negara membangun, termasuk Malaysia, mulai 1 Januari 2021.
Larangan itu, antara undang-undang baharu yang diumumkan pada Selasa, merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Ekonomi Melingkar dan Perjanjian Hijau Eropah yang dibangunkan blok itu bersama 27 negara anggota.
Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya Alam Sekitar, Laut dan Perikanan EU Virginijus Sinkevičius menegaskan perubahan itu memberi mesej bahawa EU mengambil tanggungjawab atas sisa yang dijana seluruh blok.
“Eksport sisa plastik hanya akan dibenarkan atas syarat-syarat yang cukup ketat,” kata Virginijus.
“Eksport sisa plastik yang tidak ditapis ke negara-negara bukan OECD langsung tidak dibenarkan.
“Ini satu tonggak bersejarah bagi memerangi pencemaran plastik, dalam peralihan kepada ekonomi melingkar (circular economy) dan untuk mencapai sasaran Perjanjian Hijau Eropah.”
Mulai tahun depan, pengeksportan sisa plastik dari EU ke negara bukan OECD hanya dibenarkan atas syarat-syarat yang ditentukan oleh negara pengimport.
“Negara pengimport perlu menjelaskan peraturan import kepada Suruhanjaya Eropah.
"Eksport dari EU hanya akan dibenarkan berdasarkan syarat sesebuah negara import.
Bagi negara-negara yang tidak menyediakan maklumat berdasarkan undang-undang mereka, ‘prosedur pemberitahuan dan persetujuan awal’ (prior notification and consent) akan diguna pakai.
Pada 2019, EU mengeksport sebanyak 1.5 juta tan sisa plastik, kebanyakannya ke Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, India dan China.
Namun, penghantaran sisa ke China turun secara drastik sejak negara itu mengharamkan import sisa plastik pada 2018.
Greenpeace Malaysia pada Mei 2020 mendedahkan bahawa bahan toksik dan berbahaya dikesan dalam sampel air dan tanah di beberapa lokasi di Selangor dan Kedah.
“Selain pandemik COVID-19, komuniti di Selangor dan Kedah memerangi musuh halimunan yang lain - bahan-bahan cemar yang kekal dalam persekitaran kita yang berisiko mencemar rantai makanan masyarakat,” tegas Heng Kiah Chun dari Greenpeace Malaysia.
Pertubuhan itu menggesa supaya industri sisa plastik tempatan disiasat untuk amalan rasuah dan penipuan.
Nailah Huda
Sat Dec 26 2020
Pada 2019, EU mengeksport sebanyak 1.5 juta tan sisa plastik, kebanyakannya ke Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, India dan China. Foto - Astro AWANI
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
NRECC, Ocean Cleanup bekerjasama kurangkan pencemaran plastik di sungai Malaysia
Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam penyingkiran serta pengurusan sisa plastik sungai di Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik
Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik
Mampukah sifar plastik pada 2030?
Pembuangan barangan kitar semula secara sewenang-wenangnya telah menyumbang kadar kitar semula yang rendah di Malaysia.
Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.
Disangka plastik rupanya anggur betul
Penanaman anggur di laman rumahnya menyebabkan landskap unik hingga menjadi tarikan orang ramai.
India tolak permintaan tangguh kuat kuasa larangan penyedut minuman plastik
Syarikat pengeluar minuman melobi agar larangan terhadap penyedut minuman itu dikecualikan, dengan alasan tiada alternatif lain.
Pukat tunda, sampah punca kematian 12 penyu di Terengganu
Penguatkuasaan secara lebih meluas akan dilaksanakan bagi memastikan keadaan itu tidak berulang.