awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU setuju lancar sistem kawalan sempadan digital secara berperingkat

Bernama
Bernama
20/05/2025
14:00 MYT
EU setuju lancar sistem kawalan sempadan digital secara berperingkat
Wakil Parlimen Eropah dan kerajaan negara anggota mencapai persetujuan di Brussels untuk melaksanakan sistem itu secara berperingkat. - Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Dalam usaha untuk membendung migrasi tidak teratur, Kesatuan Eropah (EU) sedang bersiap sedia melancarkan Sistem Kemasukan-Keluar Elektronik (EES) baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wakil Parlimen Eropah dan kerajaan negara anggota mencapai persetujuan di Brussels untuk melaksanakan sistem itu secara berperingkat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Sistem EES akan merekodkan secara automatik kemasukan dan keluar warga bukan EU dengan menggunakan data biometrik seperti cap jari dan pengecaman wajah.
Sistem baharu itu bertujuan meningkatkan pemantauan migrasi tidak teratur dan mengurangkan penipuan identiti. Ia akan mencatat sama ada warga bukan EU tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di kawasan Schengen.
Negara anggota akan dapat mengakses data masa nyata mengenai sejarah perjalanan dan status kediaman warga negara ketiga.
Sistem ini akan diperkenalkan dalam tempoh peralihan selama enam bulan. Sepanjang dua bulan pertama, negara berkenaan boleh mengendalikannya tanpa mengumpul data biometrik.
Mulai bulan ketiga, sekurang-kurangnya 35 peratus lintasan sempadan mesti diproses melalui EES, dengan pelaksanaan sepenuhnya dijangka menjelang akhir tempoh peralihan.
Cop pasport secara manual akan diteruskan sehingga sistem ini beroperasi sepenuhnya.
Tarikh pelancaran sistem masih belum ditetapkan, kerana Suruhanjaya Eropah perlu mengeluarkan keputusan berasingan.
Perjanjian ini masih memerlukan kelulusan rasmi oleh negara anggota EU dan Parlimen Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#data biometrik
#EES
#penipuan identiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan