awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
05/02/2026
01:00 MYT
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
KUALA LUMPUR: Jumlah transaksi yang dijana menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan transaksi jual beli dan inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial adalah antara isu yang bakal dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ringkasan AI
  • Jumlah transaksi SARA dan kes penipuan jual beli dibincangkan di Dewan Rakyat, termasuk peruntukan program SARA melalui MyKasih serta nilai transaksi pasaran tempatan.
  • Pertanyaan timbalan parlimen termasuk isu bantuan tidak digunakan penerima, penempatan MITRA dan mekanisme keselarasan hal ehwal agama selain Islam.
  • Penemuan kes penipuan jual beli dan inisiatif perlindungan sosial untuk pekerja separuh masa turut diberi perhatian dalam sesi pertanyaan Menteri.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025, serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Dr Zaliha juga ingin tahu status baki bantuan tidak dibelanjakan penerima hingga tarikh luput 31 Dis 2025 dan pelan penambahbaikan sistem bagi 2026.
Dalam sesi sama, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jaminan kerajaan bahawa penempatan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah kementerian itu tidak akan menjejaskan kepentingan, kebajikan serta keberkesanan pelaksanaan agenda berkaitan kaum India.
Sementara itu, V. Ganabatirau (PH-Klang) bertanyakan kepada Menteri Perpaduan Negara sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme atau badan penyelarasan pada peringkat nasional bagi mengurus dan menyelaras hal ehwal agama selain Islam, khususnya berkaitan isu tadbir urus rumah ibadat, pematuhan undang-undang, mediasi konflik komuniti dan keharmonian antara agama.
Pada sesi soal jawab, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tentang jumlah kes penipuan melibatkan transaksi jual beli yang dilaporkan sejak 2023 hingga kini, dan jumlah kes yang dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh itu serta jenis hukuman dikenakan.
Turut tersenarai ialah soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) kepada Menteri Sumber Manusia berhubung inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial kepada pekerja termasuk golongan pekerja gig, kontrak dan separuh masa yang masih terpinggir.
Usai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian-kementerian berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#sara
#penipuan jual beli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan