awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat

Bernama
Bernama
14/02/2023
05:19 MYT
EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Josep Borrell, ketua dasar luar Kesatuan Eropah. - Foto Twitter
LONDON: Kesatuan Eropah pada Isnin menolak keputusan Israel mengesahkan sembilan penempatan haram di Tebing Barat dan mengubahnya menjadi penempatan baharu.
Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.
Kenyataan itu memaklumkan penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan mengulangi bahawa EU tidak mengiktiraf sebarang perubahan yang dibuat di luar sempadan 1967.
EU juga membuat gesaan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan segera membatalkan keputusan itu.
Sebuah jawatankuasa dianggotai menteri-menteri Israel pada Ahad meluluskan rancangan untuk membatalkan undang-undang mengenai pemisahan dari utara Tebing Barat yang digubal pada 2005.
Menurut Agensi Anadolu, anggaran menunjukkan bahawa sekitar 650,000 pendatang Yahudi tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat yang diduduki.
Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EU
#Israel
#penempatan haram
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan