Seorang agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada hari Rabu telah menembak mati seorang lelaki dari Florida yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang suspek kejadian pengeboman di Boston.

Ibragim Todashev, 27, ditembak di Orlando, Florida, menurut akhbar Orlando Sentinel.

Todashev menjadi ganas apabila ditemuramah oleh wakil FBI, mengikut laporan NBC News.

Todashev dikatakan merupakan sahabat baik suspek kejadian pengeboman Boston Tamerlan Tsarnaev, yang juga mempunyai minat yang sama terhadap seni mempertahankan diri.

Pihak FBI – yang masih lagi belum mengesahkan nama suspek yang ditembak dan juga hubungan dengan suspek kejadian pengeboman di Boston – berkata akan keluarkan butir-butir kejadian pada hari Rabu kelak.

Tsarnaev, 26, dan adik beliau Dzhokhar, 19, merupakan suspek utama pada kejadian pengeboman ketika maraton Boston bulan lepas yang menyebabkan tiga kematian dan lebih dari 260 orang cedera di garisan penamat marathon.

Tamerlan Tsarnaev terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis manakala adik beliau kini dalam tahanan polis.