awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA AS timbang benarkan suntikan vaksin kanak-kanak selepas dua bulan ujian klinikal

Bernama
Bernama
11/09/2021
09:45 MYT
FDA AS timbang benarkan suntikan vaksin kanak-kanak selepas dua bulan ujian klinikal
Agensi kawalan kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata kanak-kanak yang menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19 perlu dipantau sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesan sebarang kesan sampingan. - Gambar fail/REUTERS
AMMAN: Agensi kawalan kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata kanak-kanak yang menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19 perlu dipantau sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesan sebarang kesan sampingan.
Selain itu, agensi berkenaan membayangkan kemungkinan menimbang laluan pantas bagi membenarkan suntikan itu diberikan untuk kegunaan kecemasan, sebelum mendapat kelulusan penuh.
Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat memaklumkan ia sedang menilai data menyeluruh secepat mungkin, kemungkinan dalam masa beberapa minggu, berbanding jangkaan beberapa bulan sebelum ini.
Pada bulan lalu, FDA memberikan kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer Inc's (PFE.N) bagi mereka yang berusia 16 tahun ke atas berasaskan ujian selama enam bulan.
Suntikan berkenaan mendapat kelulusan pada Disember untuk kegunaan kecemasan berasaskan ujian pendek selama dua bulan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FDA
#Amerika Syarikat
#Kanak-kanak
#vaksin
#COVID-19
#ujian klinikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan