awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland

Bernama
Bernama
01/01/2026
21:15 MYT
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
Anggota kecemasan kelihatan di luar bar 'Le Constellation' selepas berlaku letupan dan kebakaran semasa parti malam Tahun Baharu, di pusat peranginan ski mewah Crans-Montana, barat daya Switzerland, 1 Jan 2026. REUTERS
GENEVA: Puluhan orang terkorban manakala kira-kira 100 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah bar di bandar peranginan ski Crans-Montana, Switzerland pada malam ambang Tahun Baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Puluhan orang terkorban dan kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Crans-Montana, Switzerland, menyebabkan kebimbangan terhadap pelancong asing.
  • Kapasiti hospital di Valais mencapai tahap maksimum, dipindahkan ke hospital lain disebabkan cedera parah, dan 10 helikopter serta 150 anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.
  • Siasatan punca kebakaran masih berlangsung, tiada petunjuk letupan atau kaitan dengan serangan pengganas; pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada siasatan.

Menurut pihak berkuasa pada Khamis, pelancong asing mungkin turut berada dalam senarai mangsa yang maut dan cedera.
Komander Polis Kanton Valais, Frederic Gisler berkata tragedi itu meragut "puluhan" nyawa manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.
Presiden Majlis Negeri Mathias Reynard berkata kira-kira 100 orang cedera dengan "kebanyakannya cedera parah" dan telah dibawa ke pelbagai hospital.
Beliau berkata kapasiti hospital di Valais kini berada pada tahap maksimum, dengan beberapa pesakit dipindahkan ke kemudahan kesihatan di luar kanton (wilayah) itu, khususnya ke hospital universiti.
Perkhidmatan kecemasan dikerahkan secara besar-besaran, dengan penglibatan 10 helikopter dan 150 anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya berwaspada agar tidak membebankan lagi kapasiti hospital. Hospital Valais kini bekerjasama dengan hospital di seluruh negara bagi merawat mangsa yang cedera.
Pihak berkuasa berkata masih terlalu awal untuk memberikan angka yang tepat atau mengenal pasti identiti mangsa dengan jumlah kematian rasmi tidak akan diumumkan buat masa ini.
Punca kebakaran masih belum dikenal pasti.
Peguam Negara Valais, Beatrice Pilloud, berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun menegaskan bahawa "tiada letupan berlaku" meskipun laporan awal menyebut kemungkinan berlaku letupan.
Beliau turut menegaskan bahawa tiada petunjuk kejadian itu berkait dengan sebarang serangan pengganas.
Pilloud berkata siasatan berhubung punca kebakaran sedang dijalankan dengan bantuan Institut Forensik Zurich, sambil menambah bahawa usaha mengenal pasti mangsa yang terkorban juga sedang diteruskan.
Pihak berkuasa juga merayu semua pihak agar bertenang dan memberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca kebakaran bagi menghormati keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran bar di Switzerland
#Switzerland
#jumlah kematian
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan