awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena vorteks kutub, semua pelajar Malaysia di Midwest disahkan selamat

Bernama
Bernama
01/02/2019
03:57 MYT
Fenomena vorteks kutub, semua pelajar Malaysia di Midwest disahkan selamat
Pihak berkuasa di Illinois telah mengeluarkan perintah darurat bagi mengawal keadaan dan bagi mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku.
Education Malaysia Chicago mengesahkan kesemua pelajar Malaysia di sekitar Midwest, Amerika Syarikat selamat berikutan keadaan cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku di wilayah tersebut, dikenali sebagai fenomena Vorteks Kutub.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata Education Malaysia Chicago akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan para pelajar supaya sentiasa berada di kawasan selamat serta tertutup sepanjang tempoh cuaca sejuk melampau itu.
Menurut KPM fenomena Vorteks Kutub membawa angin sejuk melampau menyebabkan suhu menurun sehingga -53 darjah Celsius dan berpotensi mengancam keselamatan dan nyawa.
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang terkena reput fros jika terdedah di tempat terbuka selama 10 minit, katanya.
"Education Malaysia Chicago akan terus memantau kebajikan dan keselamatan pelajar Malaysia di sekitar Midwest melalui persatuan pelajar Malaysia di universiti dan institusi berkenaan, khususnya sepanjang tempoh keadaan cuaca sejuk melampau tersebut," katanya.
Pihak berkuasa di Illinois telah mengeluarkan perintah darurat bagi mengawal keadaan dan bagi mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku, katanya.
Menurut KPM kebanyakan syarikat dan premis perniagaan mengarahkan pekerja mereka bekerja dari rumah, selain banyak sekolah dan institusi pendidikan ditutup.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Chicago
#Kementerian Pendidikan
#keselamatan
#pelajar
#pendidikan
#vortex kutub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan