awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival kontroversi larian lembu di Pamplona, Sepanyol sedang berlangsung

Bernama
Bernama
06/07/2024
23:00 MYT
Festival kontroversi larian lembu di Pamplona, Sepanyol sedang berlangsung
Larian lembu itu adalah sebahagian daripada Festival San Fermin selama 9 hari yang diadakan di bandar itu pada awal Julai setiap tahun. - Foto AP
MADRID: Acara larian lembu terkenal di Pamplona, utara Sepanyol, bermula pada Sabtu walaupun mendapat bantahan daripada aktivis hak asasi haiwan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Larian lembu itu adalah sebahagian daripada Festival San Fermin selama sembilan hari yang diadakan di bandar itu pada awal Julai setiap tahun.
Festival itu secara rasmi bermula pada tengah hari dengan Chupinazo tradisional, iaitu pelancaran roket kecil dari balkoni dewan bandar, di hadapan ribuan penonton.
Larian lembu pertama daripada beberapa larian akan diadakan mulai Ahad.
Festival itu didedikasikan kepada santo bandar Pamplona, San Fermin dan bermula sejak akhir abad ke-16.
Walaupun Festival San Fermin turut merangkumi pelbagai konsert dan perarakan, larian lembu dan perlawanan lembu adalah acara kemuncak perayaan itu.
Setiap hari antara 7 dan 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu besar, ada yang seberat lebih 600 kilogram, dan beberapa ekor lembu jantan melalui lorong-lorong sempit bandar itu ke dalam arena yang perlawanan lembu diadakan pada waktu petang.
Setiap tahun, beberapa orang cedera dalam laluan sepanjang 875 meter itu.
Aktivis hak asasi haiwan telah membantah larian lembu selama bertahun-tahun. Walaupun begitu, festival itu terus menarik ribuan pengunjung dari seluruh dunia, terutamanya dari Eropah, Australia, Asia dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larian lembu
#pamplona
#sepanyol
#festival kontroversi
#aktivis haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan