awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
Sepanyol kurangkan had kelajuan di laluan kereta api Madrid-Barcelona
Air Force One berpatah balik akibat masalah elektrik, Trump dijangka lewat tiba di Davos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA dikecam selepas Trump terima anugerah keamanan pertama

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2025
23:30 MYT
FIFA dikecam selepas Trump terima anugerah keamanan pertama
Infantino (kanan), menyampaikan Anugerah Keamanan FIFA kepada Trump semasa majlis undian Piala Dunia 2026 di Kennedy Center, Washington. - Foto AP
WASHINGTON: Keputusan Presiden FIFA, Gianni Infantino, menganugerahkan Hadiah Keamanan FIFA pertama kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah mencetuskan kritikan meluas dan menimbulkan persoalan serius mengenai sikap berkecuali FIFA dalam hal ehwal politik sebagai badan induk bola sepak dunia.

Ringkasan AI
  • Keputusan Presiden FIFA, Gianni Infantino, menganugerahkan Hadiah Keamanan FIFA kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kritikan luas dan membangkitkan persoalan mengenai sikap berkecuali FIFA dalam hal politik.
  • Anugerah tersebut diberikan dalam majlis undian rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Washington DC, malah menyebabkan kemarahan selepas serangan udara AS di Caribbean kurang 24 jam sebelumnya.
  • Penganalisis dan aktivis hak asasi manusia menyifatkan tindakan FIFA memberi penghormatan kepada pemimpin politik kontroversial sebagai "tidak sesuai" dan "bermotifkan politik", mempersoalkan standard berganda badan induk bola sepak dunia itu.

Anugerah itu disampaikan semasa majlis undian rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Kennedy Center, Washington DC, pada Jumaat.
Infantino memuji Trump atas “usaha luar biasa dalam mempromosikan keamanan dan perpaduan global”, malah menyatakan bahawa beliau sepatutnya memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2025 atas peranannya dalam rundingan gencatan senjata di Gaza.
Namun, penganugerahan itu berlaku hanya kurang 24 jam selepas serangan udara AS di Caribbean yang mengorbankan beberapa nyawa, sekali gus mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.
Bekas pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Craig Mokhiber, menyifatkan tindakan itu sebagai “sangat memalukan” dan menyeru agar Israel digantung daripada kejohanan bola sepak antarabangsa atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penganalisis dan aktivis hak asasi manusia turut mempersoalkan standard berganda FIFA, yang sebelum ini sering menghukum pemain kerana menyuarakan mesej politik di padang, tetapi kini secara terbuka memberi penghormatan kepada seorang pemimpin politik yang kontroversial.
Mereka menyifatkan anugerah itu sebagai “tidak sesuai” dan “bermotifkan politik”.
FIFA selama ini menegaskan pendiriannya sebagai organisasi sukan yang bebas daripada pengaruh politik.
Namun, hubungan rapat Infantino dengan Trump, termasuk sokongan terhadap penganjuran bersama Piala Dunia 2026 oleh AS, Kanada dan Mexico, telah menimbulkan persepsi bahawa FIFA semakin cenderung kepada kuasa politik tertentu.
Dalam kenyataan balas, Infantino mempertahankan keputusannya dengan menyatakan bahawa anugerah itu bertujuan “mengiktiraf individu yang telah menunjukkan komitmen luar biasa terhadap keamanan global”, tanpa mengulas lanjut mengenai kritikan yang diterima.
Penganugerahan ini dijangka terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak, pemerhati politik dan masyarakat antarabangsa, khususnya menjelang temasya Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di benua Amerika Utara.
Topic Berkaitan
#Hadiah Keamanan FIFA
#Gianni Infantino
#Donald Trump
#sikap berkecuali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan