awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina, China setuju bekerjasama selesaikan isu maritim

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2023
21:50 MYT
Filipina, China setuju bekerjasama selesaikan isu maritim
Ferdinand Marcos Jr (kanan) mengadakan perbincangan dengan Qin Gang (kiri) di Istana Malacanang, Manila, 22 April 2023. (Foto AP)
FILIPINA dan China berikrar untuk bekerjasama menyelesaikan pertikaian maritim di Laut China Selatan.
Ia susulan pertemuan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Menteri Luar China Qin Gang pada Sabtu.
Rundingan antara pegawai utama negara yang berlangsung di Manila itu merupakan yang terbaru dalam siri mesyuarat peringkat tinggi Filipina dengan pemimpin Amerika Syarikat dan China.
Ini ketika kedua-dua kuasa besar itu saling bersaing untuk kelebihan strategik di Indo-Pasifik.
Menurut Marcos dalam satu kenyataan, kedua-dua pihak bersetuju mewujudkan lebih banyak talian komunikasi supaya sebarang kejadian yang berlaku di Laut China Selatan melibatkan China dan Filipina dapat diselesaikan dengan segera.
Marcos berkata, lawatan Qin membantu dalam membincangkan banyak perkara dan meneruskan usaha untuk mengembangkan hubungan antara kedua-dua jiran.
Terdahulu, Qin dan rakan sejawatnya, Menteri Luar Filipina Enrique Manalo, membincangkan pandangan mengenai isu strategik dan serantau semasa rundingan dua hala.
Pada permulaan rundingan, Qin berkata, kedua-dua negara perlu bekerjasama untuk meneruskan tradisi persahabatan, mengeratkan kerjasama dan menyelesaikan perbezaan dengan betul.
Jelasnya, kerjasama akan membantu menggalakkan keamanan dan kestabilan rantau ini dan dunia.
Manalo menegaskan, Filipina mematuhi dasar China dan pada masa yang sama menyatakan kebimbangan terhadap ketegangan yang semakin memuncak di seluruh Selat Taiwan.
Tambahnya, hubungan dengan Beijing adalah lebih daripada sekadar perbezaan mereka berhubung Laut China Selatan.
Filipina telah memfailkan berpuluh-puluh bantahan diplomatik dengan kehadiran kapal nelayan China di laluan air strategik itu sejak Marcos mengambil alih jawatan pada Jun 2022.
Topic Berkaitan
#China
#Filipina
#maritim
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan