Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Februari 2026.
Polis menerima maklumat bebas yang menunjukkan kemungkinan berlakunya pecah keamanan serta ancaman keselamatan kepada orang ramai.
Defendan menzahirkan rasa kesal serta memohon maaf atas penggunaan ayat dan ungkapan fitnah yang tidak wajar.
Siasatan awal mendapati kren tersebut dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh sebelum dipercayai terlanggar tebing kaki lima, menyebabkan ia hilang imbangan dan terbalik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya mereka yang sanggup bekerja keras untuk membina dan memperkukuh parti wajar kekal bersama, manakala yang enggan bekerja diminta berundur.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pembinaan kuil tanpa kebenaran mesti ditangani mengikut peraturan dan undang-undang, sama seperti pembinaan masjid, surau atau gereja.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat julung kali sejak ditubuhkan pada 2019, akan mengadakan perhimpunan agung pada 19 April depan.
Projek pembinaan ladang babi di Jalong, Sungai Siput diarah henti serta merta susulan tidak mendapat kebenaran merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan setakat ini susulan beberapa murid di daerah Kota Tinggi dikesan menghidap tuberkulosis (tibi), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Selangor FC memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas Ultras Selangor susulan insiden membabitkan beberapa individu daripada kumpulan penyokong berkenaan sebelum perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC minggu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hubungan strategik antara Malaysia dan India boleh menjadi suara yang mengutamakan dialog berbanding persaingan sempit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


