awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina jadi negara Asia pertama lulus vaksin denggi

AFP
AFP
23/12/2015
04:03 MYT
Filipina jadi negara Asia pertama lulus vaksin denggi
Syarikat farmaseutikal Sanofi menjadi pendahulu dalam kerja penyelidikan dan pembangunan vaksin denggi. - Foto AFP
Filipina menjadi negara Asia pertama yang meluluskan penjualan vaksin demam denggi pertama di dunia.
Dengvaxia, yang dikeluarkan syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi, mendapat kelulusan awal di Mexico baru-baru ini dan kini sedang diuji guna di 20 buah negara di Asia dan Amerika Latin.
Vaksin tersebut diharapkan dapat membantu mengekang jutaan kematian akibat denggi yang menjadi penyakit bawaan nyamuk yang paling pantas merebak di dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seramai 400 juta orang dijangkiti penyakit itu setiap tahun di seluruh dunia, dengan dua per tiga daripadanya di Asia.
“Ia adalah langkah besar dalam pencegahan denggi dan demi kesihatan umum,” ujar ketua jabatan vaksin Sanofi, Olivier Charmeil.
Para saintis telah lama diuji dengan denggi yang mengancam melalui empat strain, hingga memaksa penyelidik mencipta ubat-ubatan yang mampu melawan kesemuanya serentak.
Ujian klinikal yang dijalankan ke atas 40,000 orang dari 15 negara, telah menghasilkan Dengvaxia yang dapat mengimunisasi dua per tiga daripada lingkungan usia sembilan tahun dan ke atas termasuk menghindari bentuk komplikasi peringkat teruk iaitu denggi berdarah.
Vaksin itu juga didapati mampu mengurangkan risiko hospitalisasi sekitar 80 peratus.
Denggi yang membunuh 22,000 orang setahun menyebabkan pesakit mengalami demam teruk, selain sakit otot dan sendi. Sehingga kini tiada penawar diperkenalkan untuk mengatasinya dan sangat berisiko untuk kanak-kanak.
Ia pernah dianggap sebagai penyakit tropika dan bersifat endemik di sembilan negara, namun faktor globalisasi, urbanisasi, perubahan iklim dan penerbangan jet membolehkannya merebak ke zon lain.
Denggi kini penyakit endemik di lebih 100 negara.
WHO memberitahu, kes denggi telah meningkat 30 kali ganda dalam tempoh 50 tahun, dengan lebih daripada separuh populasi dunia berisiko dijangkiti.
Kerja penyelidikan dan pembangunan Sanofi berlangsung selama 20 tahun, dengan menelan belanja sebanyak lebih daripada €1.5 billion (RM7 bilion).
Syarikat-syarikat farmaseutikal lain yang terlibat dalam penghasilan vaksin denggi ialah Merck dari Amerika Syarikat, Takeda (Jepun) dan GlaxoSmithKline (Britain).
Topic Berkaitan
#denggi
#Dengxavia
#Filipina
#Sanofi
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan