awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2024
09:48 MYT
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma. -Gambar fail
PESURUHJAYA Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menyeru agar kanak-kanak di Gaza dan pendidikan mereka diberi keutamaan berbanding menggantikan agensi tersebut di wilayah itu.

Ringkasan AI
  • Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung UNRWA, menyeru agar pendidikan kanak-kanak di Gaza diberi keutamaan berbanding menggantikan agensi tersebut.
  • Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
  • Lazzarini menegaskan bahawa sekolah-sekolah UNRWA adalah satu-satunya sistem pendidikan yang merangkumi program Hak Asasi Manusia dan mengikuti piawaian PBB, dan membubarkan UNRWA tanpa alternatif akan menghalang pendidikan kanak-kanak Palestin.

Dalam kenyataan di platform X, Lazzarini menyatakan bahawa kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel.
Children & their education are not featured in any discussions when experts or politicians talk about replacing @UNRWA . Why? Because in the absence of a functioning state, there is no alternative. Until October last year, @UNRWA provided learning to over 300,000 boys & pic.twitter.com/uuTNZ3xXw6
— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) November 3, 2024
Beliau menegaskan bahawa sekolah-sekolah UNRWA adalah satu-satunya sistem pendidikan di rantau ini yang merangkumi program Hak Asasi Manusia dan mengikuti piawaian serta nilai-nilai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya, membubarkan UNRWA tanpa alternatif yang berdaya maju akan menghalang kanak-kanak Palestin daripada mendapat pendidikan pada masa hadapan.
Lazzarini juga menekankan bahawa tanpa pendidikan, kanak-kanak akan terjerumus ke dalam keputusasaan, kemiskinan, dan radikalisasi.
Mereka juga berisiko dieksploitasi termasuk menyertai kumpulan bersenjata.
Beliau menambah bahawa tanpa pendidikan, rantau ini akan kekal tidak stabil dan bergolak.
Menurut laporan, lebih daripada 625,000 kanak-kanak di Gaza kini hidup dalam keadaan trauma yang mendalam akibat perang yang berterusan.
Sebelum perang, kira-kira 300,000 daripada mereka bersekolah di hampir 290 sekolah UNRWA.
Kanak-kanak yang kini tidak bersekolah berisiko terdedah kepada keganasan, eksploitasi, buruh kanak-kanak, perkahwinan awal, dan pengambilan oleh kumpulan bersenjata.
Lazzarini menegaskan bahawa berbanding mengharamkan UNRWA, yang diluluskan oleh kerajaan Israel bulan lalu, tumpuan sepatutnya diberikan kepada menamatkan perang untuk mengutamakan kanak-kanak dan masa depan mereka.
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Philippe Lazzarini
#Kanak-kanak
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan