PHNOM PENH: Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh pada Jumaat bagi membincangkan bagaimana menggalakkan kerjasama menyeluruh untuk membina bandar pintar, berdaya tahan dan mampan di rantau ini.
Berucap pada majlis perasmian Forum Datuk Bandar ASEAN dan Mesyuarat Gabenor/Datuk Bandar ASEAN 2022, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen berkata bandar menjadi nadi negara dan wilayah serta tempat tumpuan untuk semua jenis aktiviti, terutamanya di bidang sosioekonomi, budaya dan politik, lapor Xinhua.
"Justeru, pembangunan sosioekonomi dan pembinaan komuniti yang kukuh, mampan dan inklusif mesti bermula dengan pembinaan bandar pintar, berdaya tahan dan mampan," kata beliau.
Beliau berkata sejak ditubuhkan pada 2018, Rangkaian Bandar Pintar ASEAN telah memberikan sumbangan besar bagi merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 dan Agenda Bandar Baharu.
Hun Sen berkata ASEAN dan dunia telah menghadapi beberapa siri cabaran dan mewujudkan bandar pintar dan hijau dengan penggunaan teknologi digital satu hala tuju paling tepat untuk masa kini dan akan datang.
"Bandar pintar mempunyai potensi besar dalam menangani isu perancangan bandar dengan cara yang inovatif, mengukuhkan daya tahan terhadap pelbagai risiko, terutamanya meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran penduduk tempatan dalam kebiasaan baharu," kata beliau.
Pemimpin Kemboja itu berkata memastikan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran adalah asas utama dan paling penting untuk membina bandar pintar yang berdaya tahan dan mampan.
Beliau berkata semua pihak harus bekerjasama untuk mempercepat dan mengembangkan potensi kesalinghubungan dan integrasi bandar pintar ASEAN, dengan bersama-sama mempromosikan digitalisasi dan transformasi digital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Samdech Techo Hun Sen berkata bandar menjadi nadi negara dan wilayah serta tempat tumpuan untuk semua jenis aktiviti, terutamanya di bidang sosioekonomi, budaya dan politik. - BERNAMA

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

Menteri-Menteri Luar ASEAN kecam ektremis bakar al-Quran
ASEAN komited menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.

Malaysia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC - Zambry
Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada September atau Oktober tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Kerjasama adil antara agenda Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, kata Zambry
Agenda kerjasama yang adil dengan mana-mana blok, isu Myanmar, kestabilan rantau dan Islamofobia menjadi antara fokus perbincangan di Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat).

TRAVEX ASEAN platform untuk negara anggota rancakkan semula sektor pelancongan - Tiong
ATF 2023 mewakili harapan utama sektor pelancongan dalam membangunkan destinasi pelancongan utama serantau dan antarabangsa.

Malaysia dipertanggungjawab wujud kerjasama ASEAN dengan GCC, Kanada
Malaysia juga akan bertanggungjawab untuk memberikan tumpuan untuk meningkatkan hubungan antara ASEAN dan Kanada.

Timor Leste sertai mesyuarat ASEAN untuk kali pertama sebagai pemerhati
Timor Leste kini boleh menghadiri siri mesyuarat peringkat ASEAN sebagai pemerhati sehingga keputusan rasmi dibuat secara konsensus.

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Zambry akan hadir Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM).