awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis kilang trauma diperkosa tiga kali, diancam bunuh pemandu beca bermotor

Agensi
Agensi
23/03/2018
03:35 MYT
Gadis kilang trauma diperkosa tiga kali, diancam bunuh pemandu beca bermotor
Mangsa kini sedang mengalami trauma dan sedang dibantu oleh pihak kesihatan. - Gambar fail
Seorang penumpang wanita beca bermotor mengalami trauma selepas mendakwa dia diperkosa sebanyak tiga kali oleh seorang pemandu kenderaan terbabit di dua lokasi berbeza, lapor media tempatan.
Kata polis, dalam kejadian yang berlaku di Batam Indonesia pada Rabu malam itu, mangsa seorang pekerja sebuah kilang di kawasan Muka Kuning, mendakwa dia telah menaiki kenderaan terbabit yang kosong, sebelum pemandunya berpura-pura memeriksa kenderaanya yang kononnya rosak.
Pelaku sebaliknya telah mengunci pintu kenderaan itu dari luar, semuanya agar tindakannya dapat ditutup dari pandangan orang ramai.
Diarah tanggal hijab
Mangsa telah dibawa ke sebatang lorong yang sunyi sebelum pelaku menghunuskan pisau ke lehernya, dan mengarahkan mangsa untuk menanggalkan hijab dan pakaiannya sebelum dirogol.
Masih tidak selesai, mangsa kemudiannya dibawa ke arah kawasan pantai dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mangsa yang pasrah sekali lagi dirogol di pinggir pantai dan kemudiannya diulangi perlakuan itu di sebuah pondok kosong berhampiran.
BACA: Ibu dua anak mati diperkosa, kemaluan dirodok jek kereta
BACA: Isteri histeria apabila tahu suami rogol anak ketika keluar mengemis
Diugut bunuh
Usai segalanya, mangsa kemudiannya dibawa pulang ke kediamannya di kawasan Bengkong dan diugut bunuh agar tidak mendedahkan perkara itu selain bertindak merampas telefon bimbit mangsa.
Namun kerana tidak tahan diperlakukan, mangsa akhirnya mendedahkan perkara itu kepada rakan serumahnya yang kemudiannya membuat laporan polis.
Polis kemudiannya berjaya menjejaki pelaku yang berusia awal 40an itu di kediamannya.
Mangsa trauma
Mangsa kini sedang mengalami trauma dan sedang dibantu oleh pihak kesihatan.
Dari kenderaan yang dirampas, terdapat bantal dan tisu berselerakan bersama kesan darah.
Topic Berkaitan
#Batam
#bunuh
#Gila seks
#Indonesia
#mangsa
#perkosa
#polis
#rogol
#rumah
#seks
#seksual
#trauma
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan