Ketika kes rogol dan cabul dikhautiri semakin berleluasa di seluruh India, seorang gadis di negeri Maharashtra telah memberanikan diri untuk berdepan sendiri dengan pihak yang mengancam keselamatannya, lapor media tempatan.
Tanpa mengharapkan bantuan masyarakat sekeliling, Pradnya Mandhare yang diserang seorang lelaki mabuk di stesen kereta api Kandivali, Mumbai minggu lalu bukan sahaja melawan semula malah telah menggenggam rambut lelaki berkenaan dan menyeretnya ke balai polis berdekatan.
Pradnya berusia 20 tahun yang merupakan penuntut Sarjana Media Massa tahun ketiga di Kolej Sathaye, Vile Parle itu berhenti di stesen tersebut sewaktu mahu pulang ke rumahnya di Borivoli.
Pada pukul 2.30 petang, sementara menunggu kereta api yang seterusnya. Seorang lelaki mabuk mendekatinya dan mula meramas tubuhnya secara paksa.
“Apabila saya cuba mengelakkannya, dia memegang saya. Pada mulanya saya terkejut selama beberapa saat, namun saya kemudiannya memukul lelaki itu dengan beg saya,” ujarnya kepada pihak media tempatan.
Lebih mengejutkan, tiada seorangpun anggota masyarakat yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu. Pradnya akhirnya mendapat kekuatan lalu menggenggam rambut lelaki tersebut lalu menyeretnya ke balai polis keretapi yang berhampiran.
“Kebanyakan wanita akan jadi takut untuk berjumpa pihak polis kerana proses memfailkan aduan adalah sangat panjang. Tapi itu tidak membuatkan saya teragak-agak untuk membawanya ke pihak berkuasa.
“Setiap wanita perlu melawan semula dalam kes-kes seumpamanya dan tidak harus berdiam diri. Wanita bukan objek untuk disentuh sembarangan,” ujar Pradnya.
Agensi
Sat Mar 21 2015
PRADNYA: Wanita bukan objek untuk disentuh sembarangan. - Foto sumber Facebook Pradnya Mandhare
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Rentas negeri jumpa teman lelaki baru kenal seminggu
Seorang gadis sanggup merentas negeri semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki yang baharu dikenali seminggu lalu.
PKP: Gadis penghantar makanan bantu ringankan beban ibu
Bukan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Ustaz Abdul Somad nikahi gadis 19 tahun
Majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra Salim Barabud di Jombang, Jawa Timur jam 4.30 petang.
Gadis 'pokok' ...
Kehilangan gadis jelita itu telah menyebabkan kira-kira 400 orang menyertai gerakan bagi mencarinya pada petang Selasa minggu lalu.
Lima remaja mengaku tidak bersalah rogol, lakukan amang seksual terhadap gadis bawah umur
Lima remaja lelaki termasuk tiga dibawah umur didakwa atas pertuduhan merogol secara berkumpulan dan melakukan amang seksual.
Gadis terlantar selepas sedar daripada koma lima tahun lalu
Dia dilahirkan dalam keadaan sihat dan mampu ke sekolah seperti remaja lain sebelum ini.
Gadis menderita tujuh tahun jadi hamba seks bapa kandung
Suspek merogol mangsa sebanyak tiga kali seminggu dan mengugut mangsa supaya berdiam diri atau ibunya akan dipukul.
Tragedi Terawih: Gadis lupakan hasrat sambung belajar, patah pinggang dilanggar kereta
Seorang gadis terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran di universiti apabila dia terbabit dalam nahas jalanraya di Kampung Chedok, Ayer Lanas, Jeli Selasa lalu.
Lapor gangguan seksual guru, mangsa pula yang dibakar hidup-hidup
Mangsa dikepung oleh sekumpulan empat hingga lima individu yang memaksanya menarik balik laporan berkenaan.
'Bertenang, saya tak bela buaya tulah...' - Azy Nadia
Buaya itu ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai.