awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal patuhi SOP punca angka meningkat di Malaysia, rakyat Indonesia dinasihat jadikan pengajaran

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/05/2021
00:00 MYT
Gagal patuhi SOP punca angka meningkat di Malaysia, rakyat Indonesia dinasihat jadikan pengajaran
Kementerian Kesihatan Indonesia menyifatkan kes COVID-19 di Malaysia dan India patut dijadikan pengajaran buat warganya agar kekal berada di rumah. -Bernama
MALAYSIA yang sebelum ini pernah diiktiraf antara lima negara terbaik mengawal pandemik COVID-19, kini dijadikan sebagai contoh pengajaran oleh negara jiran.
Indonesia dilapor menyifatkan kenaikan kes mendadak COVID-19 di Malaysia dan India sebagai satu pengajaran agar rakyatnya berwaspada dan kekal berada di rumah.
Menurut satu perkongsian di Twitter, Kementerian Kesihatan negara itu memberi nasihat agar warganya belajar daripada apa yang berlaku di Malaysia dan India menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.
“Masyarakat diimbau (diingatkan) untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” tulis kementerian republik itu di akaun Twitter.
Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama. Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesehatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak. pic.twitter.com/Cd70qcxpXm
— Kemenkes RI (@KemenkesRI) May 6, 2021
Ciapan itu turut berkongsikan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadi Tarmizi yang memberitahu antara faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baharu.
Justeru itu, beliau menyeru rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan tidak mengadakan perjalanan pulang ke kampung.
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menegaskan bahawa Malaysia belum gagal dalam menangani jangkitan COVID-19, namun masih juga belum menang melawan pandemik itu.
Beliau berkata, masih belum terlambat untuk negara mengurangkan jangkitan kes, asalkan mendapat kerjasama semua rakyat Malaysia.
Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Sabtu (8 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 436,944 kes.
Manakala Indonesia mencatatkan 6,130 kes baharu pada hari yang sama dengan membawa kes keseluruhan bertambah sebanyak 1,709,762.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah satu negara contoh.
Ia melibatkan penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#hari raya
#varian baharu
#rakyat Malaysia
#pandemik
#Indonesia
#kerajaan
#Malaysia
#kesihatan
#rakyat
#menteri
#India
#Aidilfitri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan